Visa & Pasport
Ya, rakyat Malaysia memerlukan Standard Visitor Visa UK untuk masuk ke United Kingdom. Visa ini sah untuk 6 bulan dari tarikh dikeluarkan.
Kami membantu permohonan visa sebagai sebahagian daripada pakej. Kami sediakan checklist dokumen, surat sokongan, dan panduan temu duga jika diperlukan.
Proses standard mengambil 3 hingga 6 minggu dari tarikh submission. Kami sarankan memohon sekurang-kurangnya 8 minggu sebelum tarikh berlepas.
Servis priority (3-5 hari) tersedia dengan kos tambahan, tetapi tidak menjamin kelulusan.
Standard Visitor Visa kosnya sekitar GBP 115 (RM 650). Yuran ini dibayar terus kepada UK Government semasa permohonan dan tidak termasuk dalam harga pakej kami.
Pasport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh anda pulang ke Malaysia. Pastikan juga ada halaman kosong untuk cap imigresen.
Pembayaran
Tiada pembayaran online di laman web ini. Selepas anda hantar permohonan booking, kami akan email invois rasmi dengan butiran pembayaran dalam 24 jam.
Pembayaran melalui bank transfer (Maybank / CIMB) atau FPX. Panduan lengkap disertakan dalam email invois.
Deposit 30% daripada jumlah pakej mengunci tempahan anda. Baki 70% perlu dibayar selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh berlepas.
Ya. Selepas deposit 30%, baki boleh dibahagi sehingga 6 ansuran tanpa faedah. Hubungi kami untuk susunan pelan ansuran yang sesuai dengan bajet anda.
Polisi refund berperingkat:
Lebih 60 hari sebelum berlepas: 70% refund
30-60 hari: 50% refund
Kurang 30 hari: tiada refund
Tiket perlawanan tidak boleh direfund setelah dikeluarkan oleh kelab. Travel insurance disarankan untuk melindungi kos tidak terduga.
Pakej & Tiket
Ya. Semua tiket diperolehi melalui saluran rasmi kelab dan authorized hospitality partners. Kami tidak menggunakan pasar hitam atau tiket tiruan.
Setiap tiket datang dengan pengesahan rasmi dari kelab atau ticketing partner.
Ya. Pakej standard termasuk tiket Cat 2 (lower tier, pandangan baik). Upgrade tersedia ke Cat 1 (upper tier) atau Hospitality VIP (lounge akses, makanan, minuman) dengan kos tambahan.
Group kami biasanya 2 hingga 12 orang. Untuk group lebih besar (korporat atau kelab peminat), kami susun trip custom dengan koordinator khas.
Setiap group mendapat jurubahasa Malaysia yang sama sepanjang trip.
Tarikh perlawanan ditetapkan oleh kelab dan Premier League, biasanya 3-6 bulan lebih awal. Kami pilih fixtures berdasarkan jadual yang telah diumumkan.
Jika perlawanan ditangguhkan oleh kelab (jarang berlaku), kami akan susun semula atau tukar ke perlawanan lain tanpa kos tambahan.
Perjalanan
Penerbangan direct KL ke London Heathrow mengambil kira-kira 13-14 jam (Malaysia Airlines atau British Airways). Penerbangan ke Manchester biasanya transit di London atau Middle East, mengambil 15-17 jam.
Semua transfer antara hotel dan stadium disertakan dalam pakej. Van atau bas persendirian mengambil anda dari hotel 2-3 jam sebelum kick-off dan menunggu selepas perlawanan.
Tidak perlu risau tentang public transport, parking, atau sesak matchday.
Cuaca England boleh berubah cepat. Musim bola (Ogos hingga Mei) suhu antara 5C hingga 20C bergantung pada bulan.
Bawa jaket kalis angang, lapisan pakaian, dan payung. Stadium EPL kebanyakannya berbumbung tetapi bahagian tertentu terdedah.
Travel insurance asas disertakan dalam setiap pakej. Pelan lanjutan (meliputi pembatalan, kehilangan bagasi, perubatan) boleh ditambah pada RM 350/orang.
Makanan Halal
Ya, terutamanya di London (Brick Lane, Whitechapel), Manchester (Wilmslow Road, Rusholme), dan Liverpool (Smithdown Road). Kawasan-kawasan ini mempunyai puluhan restoran halal, dari curry house hingga kebab.
Jurubahasa kami kenal kedai-kedai terbaik dan akan cadangkan berdasarkan citarasa anda.
Hotel yang kami pilih berdekatan dengan restoran halal dan masjid. Untuk sarapan halal di hotel, kami susun dengan pengurusan hotel lebih awal (request khas).
Alternatifnya, guide kami bawa anda ke kedai sarapan halal berdekatan setiap pagi.
Hospitality lounge stadium kebanyakannya serve makanan standard (tidak halal). Kami sarankan makan sebelum masuk stadium, atau bawa makanan ringan sendiri (dibenarkan di kebanyakan stadium).
Selepas perlawanan, guide bawa anda terus ke restoran halal terdekat.